Ahad, 9 Januari 2011

PAKEJ MENARIK UMRAH DAN ZIARAH!!!!


Assalamualaikum kepada semua pelawat yang sudi melawat laman blog ini...Anda berminat hendak ke UMRAH..atau anda mencari-cari bagaimana hendak melakukan UPAH HAJI atau UPAH UMRAH...jangan RISAU..kami menyediakan pakej yang baik buat anda....insyaALLAH....ANTARANYA.....


  • Pakej Umrah Permintaan (kumpulan minimum 10 pax)
  • Pakej Umrah Untuk Syarikat Anda (COMTRIP)
  • Pakej Umrah Untuk VVIP (BNS CLASS & HOTEL 5 BINTANG)
  • Upah HAJI (RM 1700)
  • Upah UMRAH (RM400)
  • Akikah, Korban, dan dam di Mekah (RM 400)

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI
TALIAN KAMI : 019-5940773
ALAMAT : NO.29,KAMPUNG NGOR 33500 SAUK PERAK



    Khamis, 4 November 2010

    LARANGAN MENYOMBONG DIRI




    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

     
    Riwayat Muslim

    PETUA JANTUNG SIHAT

    Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya. Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki.

    Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung. Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

    Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah. Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan. Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.

    Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut. Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Sila share dengan sesiapa yang kalian suka... Salam Ukhuwah..~